Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Azyyati Ahmad
Mei 20, 2024 08:00 MYT
Mei 20, 2024 08:00 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan mendoakan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian di Azerbaijan berjalan lancar.
Beliau yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari rangka lawatan kerja di Asia Tengah turut mengikuti rapat perkembangan nahas berkenaan.
“Doa saya agar semua yang terlibat segera dijumpai dan berada dalam keadaan baik. Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi. Insya-Allah.
“Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan segera melalui laman media sosial rasmi Wisma Putra,” katanya.
Setakat ini, difahamkan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk.