Toh Puan Raghad disaman anak tiri, Sulaiman Taib

Astro Awani
Jun 16, 2023 14:13 MYT
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak ketiga kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan telah memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib, anak ketiga kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan telah memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi.
Tuntutan saman itu difahamkan berkait hal pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Memetik laporan The Borneo Post, sebutan kes itu akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew pada Isnin depan.
Sulaiman dilaporkan turut menamakan Raghad dan seorang lagi sebagai defendan.
Sulaiman, 55, merupakan bekas Timbalan Menteri Pelancongan pada 2008 sebelum meletakkan jawatan setahun kemudian.
Beliau kini berperanan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak (CMS).
Ibunya, Allahyarham Laila Taib, meninggal dunia pada April 2009.
Taib mengahwini Raghad pada Disember tahun seterusnya.
#Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib #Toh Puan Raghad Kurdi #Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud #saman