#todayishere simbol kelahiran baharu Malaysia Airlines
Madiha Abdullah
September 1, 2015 09:06 MYT
September 1, 2015 09:06 MYT
Hari ini, 1 September 2015 mencatat sejarah buat Malaysia Airlines apabila memulakan operasi di bawah entiti baharu yang dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB).
MAB menerima Sijil Pengendali Udara atau Air Operator Certificate (AOC) pada Jumaat selepas berbulan lamanya melalui proses audit, termasuk dari segi kelayakan operasi, penyelenggaraan pesawat, dan kesesuaian kawal selia.
Di laman sosial Twitter, MAB memulakan kempen dengan hashtag #todayishere, sebagai langkah memperkenalkan jenama baharu syarikat itu.
Ia mendapat sambutan baik dalam kalangan warga media sosial apabila nama MAB trending di laman Twitter pada Isnin.
Ramai yang berkongsi rasa gembira dan teruja dengan pembaharuan ini. Tidak ketinggalan, mereka turut berharap ia akan menjadi pemacu kepada perubahan positif syarikat penerbangan utama negara itu.