TnG eWallet dikemas kini dengan kalkulator tukaran mata wang untuk kad prabayar Visa

Amanz
Mei 3, 2024 14:50 MYT
Kalkulator penukaran mata wang dalam aplikasi TnG eWallet menggunakan kadar penukaran indikatif, iaitu secara terus. - Gambar/ Amanz
APLIKASI Touch ‘n Go eWallet hari ini telah dikemas kini dengan ciri kalkulator penukaran mata wang. Ia diperkenalkan khusus untuk memudahkan pengguna kad prabayar Visa TnG ketika berada di luar negara.
Ciri ini dikatakan akan membantu pengguna memantau perbelanjaan dan melakukan kiraan untuk setiap transaksi di luar negara.
Ciri ini turut membenarkan pengguna memilih lima mata wang kegemaran untuk akses pantas. Kalkulator penukaran mata wang dalam aplikasi TnG eWallet menggunakan kadar penukaran indikatif, iaitu secara terus.
Kadar sebenar diambil kira pada masa transaksi. Tiada caj penukaran mata wang dikenakan, tetapi di dalam Lembaran Pendedahan Produk yang tersedia pada aplikasi TnG setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1%.
Ini bermakna, jika anda ke Amerika Syarikat dan berbelanja sebanyak AS$10 aplikasi akan memaparkan penukaran ke RM47.78. Tetapi jumlah yang ditolak dari akaun adalah RM48.26. Contoh sebenar yang saya lakukan di Bangkok minggu lepas adalah 100 Baht = RM12.93, tetapi aplikasi tolak sebanyak RM13.06. - Amanz
#TnG eWallet #kalkulator mata wang #currency converter #kadar tukaran
;