TNB lantik Datuk Ahmad Badri sebagai Pengarah Bukan Bebas
Bernama
November 1, 2018 19:49 MYT
November 1, 2018 19:49 MYT
Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah melantik Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir sebagai Pengarah Bukan Bebas berkuat kuasa hari ini.
TNB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, berkata Ahmad Badri, 58, sekarang ini, merupakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom.
Ahmad Badri juga adalah Pengarah dalam DanaInfra Nasional Bhd.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia
#DanaInfra Nasional Bhd
#Ketua Setiausaha Perbendaharaan
#Pengarah Bukan Bebas
#Tenaga Nasional Bhd
#TNB