TMM2014 mampu lonjakkan sektor perkhidmatan negara

Astro Awani
Disember 28, 2013 12:22 MYT
Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 akan diangkat sebagai agenda nasional yang mampu melonjakkan sektor perkhidmatan di negara ini.
Dengan sasaran kedatangan 28 juta pelancong antarabangsa, pendapatan sektor pelancongan dijangka meningkat 12.5 peratus kepada RM76 bilion tahun depan.
Menurut Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Musa Yusof, semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta kini bersedia menerima kehadiran pelancong dengan pelbagai persiapan sejak Januari 2013 lagi.
Menerusi Plan Transformasi Pelancongan Malaysia, negara dijangka menerima 36 juta pelancong dengan menjana pendapatan bernilai RM168 bilion menjelang 2020.
Musa ditemui selepas Majlis Pelancaran Karnival Detik Kira TMM 2014 di Putrajaya.
Sebanyak tiga buah bas ‘KL Hop On-Hop Off’ yang membawa kakitangan agensi pelancongan dan media berkonvoi ke Pulau Pinang bagi mempromosikan TMM2014.
#JelajahAWANI #pelancongan #pendapatan negara #sektor perkhidmatan #tahun melawat malaysia #TMM
;