TMJ terima menghadap Pengarah Pendidikan, guru tolak vaksin Jumaat ini

Bernama
Ogos 23, 2021 20:20 MYT
Tunku Mahkota, Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Negeri dan guru-guru yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19, Jumaat ini. - Gambar Instagram Tunku Ismail
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota, Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menerima menghadap Pengarah Pendidikan Negeri dan guru-guru yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19, Jumaat ini.
Tunku Ismail menerusi hantaran dalam laman Twitter bertitah pertemuan itu akan diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini.
"Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini.
"Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Insya-Allah," titah baginda.

Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan para guru di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. Demi kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. InshaAllah. pic.twitter.com/UCGFA4f45r

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah, para guru perlu menjadi contoh serta melindungi murid dan bukan membahayakan mereka dengan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.
BACA: Vaksin COVID-19: Guru perlu jadi contoh, fahami kepentingan suntikan - Sultan Johor
Semalam, Tunku Ismail menitahkan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan seramai 779 guru di negeri ini yang dilaporkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19 menghadap baginda dalam masa terdekat.
BACA: TMJ titah Pengarah Pendidikan Johor, guru tolak vaksin menghadap
Titah itu susulan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri Mazlan Bujang memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam terdapat golongan guru yang menolak pemberian vaksin.
Sehingga 19 Ogos, seramai 45,448 atau 96.26 peratus guru di Johor telah menerima dos pertama dan seramai 23,746 guru sudah lengkap menerima kedua-dua dos suntikan vaksin. - BERNAMA
#TMJ #Tunku Mahkota Johor #pengarah pendidikan #guru tolak vaksin
;