TMJ: 'Saya minta maaf sekiranya mengguris perasaan, tiada sebab peribadi' - Nazri Aziz

Shamil Hizamie
Julai 2, 2015 08:06 MYT
Datuk Seri Nazri Aziz menyambut baik kenyataan Tunku Ismail yang tidak mahu memanjangkan pertelingkahan di antara mereka. - Gambar Fail
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz menyambut baik kenyataan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak mahu memanjangkan pertelingkahan di antara mereka.
Memetik laporan Malaysiakini, Nazri turut meminta semua pihak agar menghormati permintaan putera kerajaan Johor itu agar berhenti menghangatkan perselisihan lalu.
"Seperti beliau, saya hanya cakap apa yang saya fikirkan dan jika saya guris perasaannya, saya minta maaf. Tiada sebab peribadi,” ujarnya.
BACA: 'Usah panjangkan isu saya dengan Datuk Seri Nazri' - TMJ
Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas turut mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan selamat hari keputeraan kepada Tunku Ismail.
"Ini bulan yang baik, dan beliau juga baru menyambut hari keputeraan. Jadi selamat berpuasa dan saya ucapkan selamat berbahagia bersama keluarga dan maaf zahir batin," ujarnya.
#Facebook #Johor Southern Tigers #Nazri Aziz #Nothing2Hide #TMJ