TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor

Sinar Harian
Mei 24, 2019 17:35 MYT
Rakaman daripada video yang menunjukkan Mukhriz tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. -Twitter
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkongsi rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Baginda mengulang ciap video disiarkan oleh Twitter Friends of Johor yang mengkritik dan menyifatkan Mukhriz sebagai sombong.
"Beza antara dua lelaki, @HRHJohorII (Tunku Ismail) bersalam dengan Tun M tetapi @MukhrizMahathir terlalu angkuh untuk bersalam dengan SOJ (Sultan Johor) di Istana Abu Bakar,” memetik ciapan tersebut.

https://t.co/NFA6hVlEVe

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kalau benci TMJ tu kita boleh faham tetapi dengan Tuanku Sultan Johor pun macam ni punya biadap MB Kedah Mukhriz Mahathir Mana adab? Mana tauladan untuk anak bangsa? Sangat memalukan orang Melayu tindakan anak Tun M. Tidak matang dan perangai budak-budak. pic.twitter.com/fPb7pK3VJr

— MustafaLatif (@mohmus4000) May 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hubungan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan istana Johor sebelum ini dilihat tegang selepas isu pemilihan Menteri Besar dan kritikan serta desakan berhubung tindakan Malaysia meratifikasi Statut Rom yang akhirnya membawa kepada Malaysia menarik diri.
Tunku Ismail bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara tersebut secara langsung tetapi meletakkan lambang isyarat tangan seperti sedang menyembah.
Sebelum itu, Tunku Ismail terlebih dahulu berkongsi gambar baginda dan ayahandanya yang bersalaman dengan Dr Mahathir.
Video berdurasi 14 saat itu telah ditonton lebih 78,000 kali dan telah diulang ciap sebanyak 1,073 pelayar setakat ini.
Pelbagai respons diberikan pelayar Twitter antaranya menyifatkan apa yang dilakukan oleh Mukhriz sebagai biadab dan sepatutnya menghormati istiadat penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
Tidak kurang juga ada yang melabel Mukhriz sebagai tidak profesional dan apa yang ditampilkan Menteri Besar Kedah itu sebagai tidak sesuai dengan situasi.
Sultan, kerabat dan pemimpin-pemimpin negara semalam hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar.
#Mukhriz Tun Mahathir #tidak bersalaman #TMJ #Tunku Ismail #Twitter Friends of Johor
;