TM disaran sedia platform kepada penggiat seni

Hakim Rahman
Julai 29, 2013 07:54 MYT
Telekom Malaysia,TM disaran menyediakan platform kepada pengiat seni tempatan dalam menyediakan industri kandungan kepada pengguna melalui perkhidmatan Internet Protocol Television, (IPTV).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penyediaan platform itu dapat mengurangkan kebergantungan pengiat seni tempatan untuk mendapatkan waktu siaran.
Mengambil contoh perkhidmatan video on demand, jelasnya ia boleh diperluas kepada pengiat seni untuk menayangkan hasil kerja mereka.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas melancarkan perkhidmatan terbaru TM,HyppTV Everywhere di sini.
#hypptv everywhere #IPTV #Telekom Malaysia #TM