TLDM lakar sejarah lancar kapal latihan baru (Video)

Astro Awani
Disember 15, 2012 10:20 MYT
Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) melakar sejarah apabila melancarkan kapal latihan baru 'Gagah Samudera'.
Ucapan menamakan dan melancarkan kapal berkenaan dilakukan di limbungan milik syarikat pembinaan kapal tempatan NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang, Selangor.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pelancaran kapal latihan berkenaan sekaligus membangunkan industri maritim negara.
Beliau berharap Gagah Samudera meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan warga TLDM.
Ia merupakan kapal latihan pertama diperoleh melalui kontrak NGV Tech Sdn Bhd dengan kerjasama Daewood Shipbuilding dan Marine Engineering dari Korea Selatan.
Panjangnya 75.9 meter panjang dan mampu beroperasi sejauh 2500 batu nautika tanpa henti di laut.
Ia boleh menampung 60 pelatih dan 47 krew dalam satu masa.
Majlis pelancaran Gagah Samudera disempurnakan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
#Gagah Samudera' Datuj Seri Zahid Hamidi #Tentera Laut Diraja Malaysia
;