Titah Diraja YDP Agong sempena sambutan Maulidur Rasul

Astro Awani
Oktober 9, 2022 14:19 MYT
Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan Anugerah Perdana Maulidur Rasul kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (kiri) pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah. - Foto BERNAMA
BERIKUT adalah Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M:
YANG Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia dan isteri.
Yang Berhormat Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama dan isteri.
Yang berhormat menteri-menteri persekutuan, tetamu kenamaan, hadirin dan hadirat yang beta kasihi sekalian.
Alhamdulillah, beta merafak-kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala; kerana dengan rahmat, inayah dan nikmat kurniaan-nya, maka dapat kita ber-himpun bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444 hijrah, bersamaan 2022 Masehi.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta seluruh keluarga dan para sahabat Baginda.
Rabiul-awal yang kunjung tiba sekali lagi merupakan bulan kelahiran kekasih Allah Subhanahu Wata’ala yang diutus untuk membawa seribu kerahmatan kepada manusia.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat ke-107, yang bermaksud: “Tidak kami utuskan kamu yaani Muhammad, melainkan untuk memberi rahmat kepada sekalian alam.”
Hakikatnya, Baginda adalah merupakan ciptaan yang paling sempurna dan mulia. Baginda meneduh jiwa di kala gusar, menerangi hati yang penuh kebatilan dan membawa sinar cahaya dalam seribu kegelapan.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati allah sekalian.
Rantaian mutiara sejarah menzahirkan bagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah hanya berkonsepkan teologi dan spiritual semata-mata.
Baginda memandu kita dalam pelbagai aspek kehidupan yang turut merangkumi konsep pentadbiran berasas-kan “good governance;” politik; ekonomi; keselamatan dan keadilan.
Baginda mengajar setiap pemimpin untuk pertama-nya menetapkan niat yang betul. setelah itu; berlaku jujur dalam menjalankan amanah; dan meletakkan nilai ketakwaan kepada allah subhanahu wata’ala sebagai pegangan utama.
Konsep pemerintahan yang dituntut Islam adalah merupakan satu amanah; yang sentiasa berada dalam ruang lingkup ikatan perjanjian di antara manusia dengan pencipta-nya.
Maka-nya; setiap apa yang dilakukan oleh pemimpin hendaklah dibuat semata-mata atas dasar untuk menjaga kemaslahatan ummah.
Kerana itu; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menuntut hubungan yang erat antara pemimpin dan masyarakat; yang berasaskan kepada sikap sayang menyayangi; dan hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
Sabda Baginda dalam hadis yang diriwayatkan oleh muslim; ber-maksud:
“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu; serta mendoakan kamu; dan kamu mendoakan mereka. Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci; dan mereka membenci kamu.”
Hadirin dan hadirat yang beta kasihi sekalian.
Kemuncak kepada usaha dakwah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah dengan terbina-nya sebuah kerajaan Islam menerusi penghijrahan Baginda dan para sahabat ke kota Madinah.
Menurut lipatan sejarah; setiba-nya di kota Madinah; Baginda telah membina masjid; mempersaudarakan umat Islam; dan menggubal Piagam Madinah.
Hasil-nya; satu kesatuan masyarakat madinah yang berbilang kaum; etnik dan agama; telah berjaya di-bentuk menerusi formula sosial; politik dan ekonomi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
Piagam Madinah yang digubal enam abad lebih awal dari “magna carta;” adalah merupakan asas kekuatan pembinaan sebuah negara yang menjamin hak setiap warga; tanpa meminggir-kan mana-mana kaum.
Kita semua wajar mengambil iktibar bahawa kecemerlangan kerajaan Madinah adalah kerana kekuatan sosiopolitik yang menjamin hak dan keadilan warga; keberkesanan penyatuan ummah; dan pembangunan ekonomi yang dinamik.
Baginda mengutamakan kepentingan ramai; berbanding individu. Baginda tidak memperjuangkan agenda sempit; sebalik-nya berlaku adil dengan membangun-kan satu gagasan untuk kesejahteraan semua.
Hakikatnya; perbezaan sosio-politik dan sosio-budaya adalah merupakan lumrah dan fitrah kejadian manusia.
Akan tetapi; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mengajar kita bahawa keupayaan membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu merentasi pelbagai batas perbezaan; adalah merupakan resepi kepada kestabilan dan kejayaan sebuah negara.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah Al-Mumtahanah; ayat ke-8; yang ber-maksud:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama mu; dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. sesungguh-nya allah mengasihi orang yang berlaku adil.”
Hadirin dan hadirat yang dirahmati allah sekalian.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam turut menuntut umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan masa hadapan.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah al-nisa; ayat ke-71; yang ber-maksud:
“Wahai orang beriman. Bersiap sedialah kamu; dan majulah ke medan pertempuran berkelompok-kelompok; atau majulah bersama.”
Jelasnya; dalam apa jua keadaan; Allah Subhanhu Wata’ala mengingatkan kita untuk membuat persediaan sebelum berlaku sebarang kejadian; dan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
Kita sedia maklum; bahawa saban tahun tatkala kehadiran bulan November; Malaysia akan berhadapan dengan risiko berlaku-nya banjir.
Baru-baru ini; Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan negara akan ber-hadapan dengan hujan lebat berterusan dan risiko banjir berskala besar mulai hujung November.
Pada kesempatan ini; beta ingin mengingatkan seluruh rakyat beta; untuk memperkemaskan diri dan melakukan persediaan bagi menghadapi fenomena perubahan cuaca yang bakal berlaku kelak.
Beta turut meminta agar semua agensi-agensi yang berkaitan untuk membuat persediaan yang rapi secara menyeluruh demi kemaslahatan ummah.
Persediaan tersebut bukan hanya dalam aspek mengurangkan kesan banjir; tetapi merangka satu kaedah bagi bantuan kepada mangsa banjir dapat diberikan secara terancang; segera dan efektif.
Mengambil tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu: “Keluarga Malaysia; Pemangkin Kemakmuran;” marilah kita menyatukan ikatan hati; dan menumpukan usaha ke arah memelihara kemaslahatan ummah.
Janganlah kita terlalu jauh menyimpang dari landasan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Baginda telah memberi contoh dan model yang cukup sempurna untuk kita teladani bersama.
Baginda telah menerangi kita dengan jalan yang benar lagi adil.
Marilah kita bangkit bersama dan memberi keutamaan kepada kemaslahatan ummah dengan menjunjung petunjuk dan tauladan yang telah diwasiatkan oleh seorang insan yang paling sempurna dan mulia.
Mengakhiri titah; marilah kita berdoa agar dicucuri rahmat; dan limpahan kasih sayang kepada junjungan besar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam; ahli keluarga; dan para sahabat Baginda.
Semoga Allah Subhanahu Wata’ala melindungi negara yang kita cintai ini; dan rakyat-nya dari sebarang musibah dan bahaya yang melanda.
Sekian.
[TERKINI] Titah Diraja YDP Agong sempena sambutan Maulidur Rasul
#Yang di-Pertuan Agong #Al-Sultan Abdullah #Maulidur Rasul #titah
;