Titah Agong perlu dihayati semua pihak - Fahmi

Bernama
Februari 26, 2024 18:11 MYT
FAHMI: Kestabilan adalah asas penting untuk membina semula negara. Daulat Tuanku. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengajak semua pihak untuk bersama-sama menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini.
"Kestabilan adalah asas penting untuk membina semula negara.
"Daulat Tuanku," kata jurucakap kerajaan itu menerusi hantaran di laman Facebook dengan disertakan perkongsian infografik titah Sultan Ibrahim yang tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan politik negara.
Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara serta kestabilan politik.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #Yang di-Pertuan Agong #Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen #Parlimen
;