KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Parlimen hari ini agar pengurusan risiko bencana perlu diberi penekanan oleh kerajaan adalah tepat pada masanya dan harus dipandang serius agar perancangan segera dapat dilaksanakan.
Pakar pelestarian alam sekitar Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata ia berikutan kesihatan planet ketika ini sudah berada pada tahap ketidaktentuan yang bahaya khususnya dari segi perubahan iklim dan keampuhan ekosistem.
Justeru, beliau mencadangkan agar tindakan proaktif perlu dilaksanakan, melibatkan pelbagai agensi dan pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), menggunakan pendekatan bekerjasama serta diterajui oleh pakar bidang yang tidak terikat dengan perubahan kepimpinan politik.
"Ini kerana isu kerosakan kesihatan planet semakin parah yang perlu ditangani segera sehingga bencana alam semakin kerap, parah dan tragis berlaku di serata dunia termasuk Malaysia," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 hari ini, Seri Paduka bertitah aspek keselamatan fizikal melalui pengurusan risiko bencana perlu diberi penekanan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat.
Baginda bertitah pendekatan lebih sistematik dan strategik perlu segera dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani kesan daripada musibah bencana alam terutama banjir yang berlaku saban tahun.
Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) Hafizudin Nasarudin pula berkata terdapat sebahagian kawasan yang terdedah kepada risiko bencana, atau dikenali sebagai kawasan geobencana, masih tidak dirizab atau tidak diwartakan sebagai kawasan perlindungan.
Beliau berkata perkara itu menyebabkan kawasan geobencana berisiko 'diganggu' dengan pelbagai pembangunan pada masa akan datang memandangkan ia tidak diwarta sebagai kawasan perlindungan.
"Apabila kawasan ini tidak dilindungi, ia bakal dibangunkan pada bila-bila masa dan apabila ia mendapat kelulusan aktiviti pembangunan, ini akan mengundang berlakunya bencana alam," katanya.
Justeru, Hafizudin mencadangkan agar kerajaan melihat dan mengenal pasti semula kawasan geobencana yang belum diwartakan supaya tindakan seterusnya dapat diambil bagi menjaga kawasan itu daripada pembangunan tidak sepatutnya.
Beliau berkata setelah kawasan geobencana diwartakan, ia tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak seperti yang diperuntuk dalam Kanun Tanah Negara.
Dr Renard Siew, yang merupakan penasihat perubahan iklim bagi Pusat Tadbir Urus dan Pengajian Politik (Cent-GPS), berkata terdapat pendirian tegas dalam kalangan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang memberi amaran bahawa perubahan iklim adalah bersifat antropogenik.
Beliau amat yakin bahawa tiada bencana yang bersifat semula jadi kerana ia boleh dan harus dicegah.
"Kita perlu melihat bukan sahaja mitigasi iklim (mengurangkan pelepasan karbon) tetapi juga penyesuaian iklim (bagaimana kita membina dan membina semula ketahanan) berdasarkan keadaan lebih mencabar yang sedang kita hadapi.
"Tidak dinafikan bahawa kekerapan insiden banjir dan kemarau akan terus memburuk dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Datuk Seri Zaini Ujang berkata ia berikutan kesihatan planet ketika ini sudah berada pada tahap ketidaktentuan yang bahaya khususnya dari segi perubahan iklim dan keampuhan ekosistem. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.