Titah Adendum: Anak, peguam Najib adakan sidang media hari ini

Sinar Harian
Oktober 24, 2024 15:53 MYT
Sidang media tersebut dijadualkan diadakan di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 1 tengah hari ini.
SHAH ALAM: Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Najib akan mengadakan satu sidang media berhubung kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama peguamnya pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Mohamad Nizar Najib, akan mengadakan sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.
  • Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 5 Disember untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya mencabar kewujudan titah addendum.
  • Mohamad Nizar dan adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang tidak membebaskan Najib, serta mempertikaikan kewujudan titah addendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menerusi jemputan yang diterima, sidang media tersebut akan diadakan di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.
Sebelum ini Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan titah addendum.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah addendum tersebut selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonannya, termasuk oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.
Mohamad Nizar bersama adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib melalui siaran langsung di aplikasi TikTok pada lewat malam Rabu melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan Lembaga Pengampuan yang tidak memberi pengampunan serta membebaskan Najib sebagaimana diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim
Mereka turut mempertikaikan kewujudan titah addendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bapa mereka menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah. - Sinar Harian
#Titah Adendum #Najib Razak #tahanan rumah #Mohamad Nizar Najib
;