Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke China
Astro Awani
April 20, 2020 20:40 MYT
April 20, 2020 20:40 MYT
Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas Kepada Perdana Menteri ke Republik Rakyat China bertaraf menteri.
Pengumuman dibuat melalui satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
King Sing akan berperanan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.
Mac lalu, King Sing menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan dilaporkan tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di Putrajaya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun bersikap terbuka dan menerima penolakan jawatan Ahli Parlimen Bintulu berkenaan.
#Asia
#Bintulu
#China
#Malaysia
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Parlimen
#pelaburan
#Perdana Menteri
#perpaduan
#presiden
#Putrajaya
#rakyat