Tinjauan mesra Tun Mahathir di Jalan TAR raih 2,000 tandatangan Deklarasi Rakyat - Syed Saddiq

Astro Awani
April 17, 2016 04:52 MYT
Tinjauan Tun Dr Mahathir bersama pemimpin pembangkang tersebut antara lain adalah untuk mendapatkan orang ramai untuk menandatangani Deklarasi Rakyat. - Foto Twitter Azfarinaz Amran
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu malam melakukan tinjauan mesra bersama beberapa pemimpin pembangkang di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman di sini bagi mendapatkan orang ramai untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.
Menurut Presiden Kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lebih 2,000 tanda tangan telah dikumpul sepanjang tinjauan itu.
"Kami bersama-sama mengharungi lautan manusia di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Tidak sampai satu jam, kami telah berjaya mengumpul lebih 2,000 tandatangan untuk Deklarasi Rakyat," kata Syed Saddiq di laman Instagramnya.
Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Dr Afif Bahardin dan Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

At Coliseum, #saveMalaysia leaders taking a break after walkabout at Pasar Malam Jalan TAR pic.twitter.com/hMWLNrWSRL

— Dr. Afif Bahardin (@afifbahardin) April 16, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 4 Mac lepas, Dr Mahathir bersama lebih 50 pemimpin dan bekas pemimpin menandatangani Deklarasi Rakyat bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan.
Selain itu, deklarasi ini juga menuntut untuk mengembalikan integriti institusi yang didakwa telah dilemahkan, seperti polis, SPRM , Bank Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
#Deklarasi Rakyat #Mahathir Mohamad #Syed Saddiq Syed Abdul Rahman