Tinjauan Astro AWANI: Perkhidmatan bas awam masih kurang memuaskan

Astro Awani
November 9, 2013 13:17 MYT
JOHOR BAHRU: Perkhidmatan bas awam di Malaysia secara amnya masih berada di tahap yang kurang memuaskan.
Tinjauan Astro AWANI di hentian bas Larkin, Johor Bahru mendapati rata-rata penduduk setempat yang menggunakan bas awam sebagai pengangkutan harian masih tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang digunakan.
Secara amnya mereka kurang berpuas hati terhadap jadual perjalanan bas yang sering tergendala dan tidak menentu.
"Kena tunggu lama sometimes satu jam sometimes setengah jam depends pada kita lah, depends pada bus, " kata seorang pengguna bas Norazizah Buyong.
Untuk Nordarwina Farhana Mohd Baharom pula, bas awam kurang efisien.
"Tak puas sangat lah dia macam kita kena tunggu berapa jam baru dia ada lepas itu dah naik naik setengah jam baru dia jalan,” katanya.
Bagaimanapun ada sebahagian mereka tidak menghadapi masalah dengan keselesaan yang ditawarkan kebanyakan syarikat perkhidmatan bas.
"Alhamdulillah yang saya dapat tahu daripada terminal yang dulu hingga sekarang dah bertambah baiklah dari segi bangunan dia kebersihan dia bus dia pun banyak macam-macam company ada nampaknya bas baru-baru lah,” kata Jamil Musa.
#AWANI745 #bas #pengangkutan awam #perkhidmatan #bas awam
;