Tingkatkan nisbah penggunaan pengangkutan awam - Azmin Ali

Hafiz Marzukhi
Januari 4, 2016 11:56 MYT
MOHAMED AZMIN: Saya khuatir jika kenderaan persendirian diberikan keutamaan, pemaju akan digalakkan untuk membina lebih banyak lebuh raya.
Nisbah penggunaan pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian wajar ditingkatkan Kerajaan Persekutuan, saran Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
"Jika dilihat nisbah kini, ianya berada pada 60:40.
"60 peratus kenderaan persendirian, 40 peratus pengangkutan awam," kata Azmin.
Menurut beliau, ia sepatutnya sebaliknya bagi memastikan rakyat mengutamakan penggunaan pengangkutan awam.
"Saya khuatir jika kenderaan persendirian diberikan keutamaan, pemaju akan digalakkan untuk membina lebih banyak lebuh raya.
"Ini tidak menyelesaikan masalah," tambah Azmin.
Beliau ditemui selepas perasmian Bas SMART Selangor dan aplikasi I-Kajang di Kompleks Hentian Bas Kajang pagi tadi.
#Kenderaan persendirian #Mohamed Azmin Ali #pengangkutan awam
;