Perubahan iklim dunia menjadikan kebanyakan negara kini berdepan dengan risiko kejadian bencana alam.
Bagi kerajaan Malaysia, usaha menguruskan risiko ini bukanlah bermaksud menguruskan situasi bencana semata-mata. Ia turut melibatkan usaha meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menghadapinya.
Bagi Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Perancangan dan Kesiapsiagaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mohd Ariff Baharom, kerajaan senantiasa memberi keutamaan kepada usaha mempertingkat keupayaan agensi kerajaan untuk bertindak ketika bencana.
"Kita pada tahap terbaik mengikut keupayaan manusia berusaha melakukan yang terbaik dalam menghadapi situasi bencana.
"Selain melakukan program latihan kesedaran awam, aktiviti latih amal kerap dibuat agar koordinasi gerak kerja lebih teratur dan berjalan lancar.
"Bagi masyarakat pula, kita tak mahu mereka hanya tunggu, lihat dan orang datang bantu.
"NADMA kini berusaha meningkatkan pengetahuan dan keupayaan masyarakat agar mereka boleh mengenalpasti dan tahu setakat mana keupayaan untuk mempersiapkan diri sementara bantuan sampai," katanya kepada media selepas menjadi panel kepada Forum Memajukan Sains dan Teknologi dalam pelaksanaan Rangka Kerja Sendai Bagi Pengurangan Risiko Bencana 2015-2030 di sini pada Selasa.
Tambahnya, usaha ini penting agar masyarakat tahu untuk bertindak sementara bantuan tiba memandangkan masyarakat berperanan sebagai responden ketika situasi bencana berlaku.
Forum anjuran United Nations University-International Institute for Global Health (UNU-IIGH) itu dihadiri pakar sains tempatan, Agensi Bukan Kerajaan, sukarelawan, serta agensi kerajaan.
Hilal Azmi
Wed Jul 20 2016
Masyarakat perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan bencana alam. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud gegar Pantai Pasifik Peru
USGS berkata gegaran itu berlaku pada 12.36 tengah malam waktu Lima (0536GMT) pada Jumaat di wilayah Nazca dalam daerah Ica.
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
Papua New Guinea akan pindahkan ribuan yang terjejas oleh tanah runtuh
Perdana Menteri James Marape mendedahkan rancangan untuk memindahkan 7,849 orang yang terjejas dari Zon Bencana Mulitaka ke lokasi sementara di dalam Wilayah Enga.
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
Ribuan tapak sulaiman terdampar di pantai, amaran bencana alam
Haiwan akuatik itu dikesan terdampar antara Margate Winter Gardens dan Lido di Pantai Margate pada Isnin.
ASEAN alami 28 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Kemas kini Pusat AHA mendedahkan bahawa banjir di Indonesia menjejaskan 128,000 individu, 35,000 rumah dan 45 sekolah.
Banjir di Rio de Janeiro ragut 11 nyawa
Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat banjir yang dicetuskan oleh hujan lebat di Rio de Janeiro, Brazil, lapor Sputnik memetik media tempatan pada Isnin.
Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.