Tingkat nilai agama, moral atasi gejala sosial kanak-kanak
Harits Asyraf Hasnan
Disember 17, 2016 08:14 MYT
Disember 17, 2016 08:14 MYT
Setiap ibu bapa perlu meningkatkan penerapan nilai agama dan moral kepada anak-anak mereka dalam berdepan gejala sosial yang dihadapi pada ketika ini.
Pengasas Yayasan Chow Kit, Dr Hartini Zainudin berkata ibu bapa juga perlu berani dalam memberi pendidikan seks kepada anak mereka.
"Kadang-kala ibu bapa yang duduk di bandar ini terpaksa bekerja mencari nafkah. Jadi mereka mungkin terlepas pandang apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
"Pendidikan itu penting untuk dititik beratkan bukan sahaja agama dan moral malah melibatkan pendidikan seks. Kanak-kanak perlu tahu apa yang mereka akan dan sedang lakukan," katanya.
Hartini berkata demikian ketika ditemui pada Forum 'Who is going to protect our children?' di ibu negara di sini pada Jumaat ini.
Ikuti temu bual eksklusif wartawan Astro AWANI, Asyraf Hasnan bersama Hartini.