Tingkat keyakinan rakyat untuk terima vaksin - Pakar Kesihatan
Astro Awani
Februari 24, 2021 17:35 MYT
Februari 24, 2021 17:35 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memperluaskan aktiviti untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Pakar Dasar Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berkata, ia termasuk menjawab sebarang isu melibatkan ketakutan, persepsi serta ketidakfahaman rakyat mengenai isu berkenaan.
Jelasnya, keraguan itu termasuk dakwaan 300 individu yang meninggal dunia selepas divaksin.
Bagaimanapun ujarnya, angka itu tidak bermakna tidak betul namun tidak mempunyai sebarang rujukan rasmi.
"Kita tengok di Malaysia, apa kadar kematian biasa negara? Lebih kurang 490 meninggal di Malaysia setiap hari disebabkan jantung, kanser, angin ahmar, tua dan sebagainya.
"Apabila kita beri vaksin kepada 200 juta orang di seluruh dunia terutamanya mereka dalam golongan berumur, jadi kemungkian meninggal sama, vaksin atau tak sama untuk meninggal dunia," katanya semasa sidang video pada Rabu.
Dalam pada itu katanya, rakyat perlu melihat kepada tujuan utama vaksin yang mahu melindungi serta mencegah COVID-19.
Ujar Swee Kheng, vaksin berkenaan akan mengajar sistem imun untuk mengenal pasti virus dan bertindak balas.
Jelasnya, vaksin itu juga selamat dalam jangka masa pendek kerana tiada kes kematian dilapor di Amerika Syarikat (AS) selepas lebih 10 juta rakyatnya disuntik.
#PM
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#meninggal dunia
#vaksin
#Pakar Dasar Kesihatan Awam
#Dr Khor Swee Kheng