Tingkat ekonomi bumiputera: Perkenal program keusahawanan di peringkat sekolah

Astro Awani
September 11, 2013 15:51 MYT
Gambar Arkib
Penglibatan bumiputera dalam bidang ekonomi dan perniagaan adalah agak keterbelakang.
Itu pandangan Presiden Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia, Agil Faisal Ahmad Fadzil.
Agil Faisal berkata terdapat lebih 80 peratus usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan modal perniagaannya kurang daripada RM250,000.
“Jadi kita boleh bayangkan betapa daifnya usahawan bumiputera di negara ini,” katanya.
Usahawan Melayu, Shamsurizam Norsham berpendapat ketandusan bumiputera dalam bidang perniagaan boleh dibanteras sekiranya program keusahawanan diperkenalkan sejak bangku sekolah lagi.
“Kita perlu menarik minat pelajar sekolah dan universiti selain melibatkan mereka dalam program keusahawanan secara menyeluruh,” katanya.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.
#Agil Faisal Ahmad Fadzil #Bumiputera #Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
;