Tingkat atas kediaman bekas Timbalan Menteri KPDNHEP terbakar
Rudi Affendi Khalik
Mei 7, 2020 20:57 MYT
Mei 7, 2020 20:57 MYT
Kediaman keluarga bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen terbakar dalam insiden Jalan Nyiur, Kuching.
Dalam insiden pada jam 4.54 petang itu kebakaran membabitkan bahagian atas rumah dua tingkat termasuk bilik tidur.
Dilaporkan semasa kejadian Chieng Jen bersama empat penghuni termasuk ahli keluarga berada di rumah tersebut.
Mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 25 minit kemudian.
Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Chieng Jen ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan mengenai kejadian itu.
#Chong Chieng Jen
#Jalan Nyiur
#JBPM Sarawak
#kebakaran
#kebakaran rumah
#KPDNHEP
#Kuching
#Tiong Ling Hii