'Tinggal ayam pencen, ayam kampung' - Pelanggan beratur panjang seawal 6.30 pagi
Sinar Harian
Mei 22, 2022 09:45 MYT
Mei 22, 2022 09:45 MYT
SEREMBAN: Hanya tinggal ayam pencen dan ayam kampung saja. Itu situasi bekalan ayam di Pasar Ampangan di sini pada Sabtu.
Tinjauan Sinar Ahad mendapati, hanya satu daripada empat gerai yang masih mempunyai bekalan, manakala dua lagi hanya menjual ayam pencen dan ayam kampung.
Seawal jam 6.30 pagi, orang sudah mula beratur panjang dan jam 10 pagi, bekalan sudah habis.
Peniaga ayam, Zulkifli Akhir, 58, berkata, dia membuka kedai seawal jam 3.30 pagi dan pelanggan mula beratur jam 6.30 pagi.
“Tapi saya tak hadkan berapa ekor ayam yang boleh dibeli pelanggan dan menggunakan konsep siapa cepat dia dapat,” katanya kepada Sinar Ahad.
Sementara itu, suri rumah, Tengku Noor Azira Ibrahim, 40, berkata, dia tidak sangka orang sudah beratur panjang ketika sampai di pasar berkenaan pada jam 7.30 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian