Viral di media sosial hari ini ialah rakaman video seorang wanita beragama Islam membantu seekor anjing yang terbaring di tengah jalan raya dipercayai akibat dilanggar kenderaan.
Menerusi video berdurasi 31 saat itu, seorang wanita yang bertudung dilihat mengangkat anjing yang cedera itu daripada jalan raya tersebut tanpa menggunakan sebarang sarung tangan.
Anjing yang terbaring itu dipercayai telah dilanggar kenderaan dan dilihat tidak mampu untuk bergerak.
Video itu telah dimuat naik di akaun Facebook Friends of BN, hari ini.
"Walaupun beragama Islam, wanita ini bertindak menyelamatkan anjing di tepi jalan. Salute!," tulis catatan di akaun tersebut.
Susulan itu, video tersebut mula viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji tindakan keprihatinan wanita Melayu itu yang sanggup mengangkat haiwan berkenaan.
Menurut seorang pengguna media sosial, Laily Dnd, anjing juga merupakan ciptaan Allah, jadi tidak salah jika umat Islam membantunya.
“Alhamdulillah..anjing pun mahluk Allah, tidak salah kita membantunya,”katanya.
Shahzad Khan pula berkata, “tidak berguna jika tolong manusia sahaja, haiwan juga perlu diberi bantuan. Itulah yang diajar dalam agama kita.”
Sehingga kini, video tersebut mencatat lebih dari 100 juta tontonan dan dikongsi lebih dari 1,000 ribu kali.
Kohilah Sekaran
Mon Mar 14 2016
Wanita yang bertudung dilihat mengangkat anjing yang cedera itu daripada jalan raya tersebut tanpa menggunakan sebarang sarung tangan.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan sebaliknya akan dibincangkan secara bilateral dan 'hati ke hati'.
Kerajaan Sabah, Sarawak tidak dipinggir dalam rundingan berkaitan Laut China Selatan
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menolak andaian kerajaan persektuan tidak mendapatkan pandangan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam rundingan berkaitan isu Laut China Selatan.
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.
Tular hina Islam: Polis kenal pasti identiti suspek
Pihak polis akan rakam keterangan suspek dalam masa terdekat memandangkan lelaki itu sedang dapatkan rawatan kesihatan mental di sebuah hospital.
Mendepani cabaran media sosial terhadap kanak-kanak
Kebimbangan kanak-kanak menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi kian mendapat perhatian.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Koleksi Muzium Arkeologi Lambah Bujang tinggalan penting yang perlu dihayati
Pelbagai koleksi arkeologi unik dari kurun ketiga hingga ke-12 Masihi dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok di sini yang merupakan tinggalan sejarah penting untuk dihayati dan difahami.
Pengusaha perigi terapi dinasihatkan henti sementara operasi - Pegawai Daerah Rembau
Pejabat Tanah dan Daerah Rembau menasihati pengusaha perigi terapi ion di Ulu Sepri agar menghentikan sementara operasi sehingga siasatan Kementerian Kesihatan (KKM) selesai dijalankan.
JKNNS siasat dakwaan air perigi mampu ubati pelbagai penyakit
Pejabat Kesihatan Daerah Rembau sedang melaksanakan pemeriksaan menyeluruh isu ini yang telah mendapat perhatian meluas dalam media sosial.
Perlu barisan pelapis martabatkan seni kaligrafi Islam
Khat bermaksud tulisan tangan yang cantik menggunakan berus atau pen khas, justeru kecekapan tangan dan ketajaman mata penulis amat perlu dalam menghasilkan seni kaligrafi yang indah ini.