Tindakan tegas jika peniaga naikkan harga topeng penutup mulut dan hidung - KPDNHEP
Asyraf Roslan
Januari 27, 2020 18:46 MYT
Januari 27, 2020 18:46 MYT
Penularan wabak novel koronavirus sudah tentu membuatkan masyarakat sedar dan mahu mengetahui tentang langkah berjaga-jaga.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga menasihatkan agar mereka yang berada atau menjalankan sebarang aktiviti di kawasan terbuka untuk memakai topeng muka (penutup mulut dan hidung).
Namun, pada masa sama pihak KPDNHEP memberi peringatan kepada para peniaga supaya tidak menaikan harga topeng muka kerana topeng muka merupakan barang dalam kategori harga terkawal dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
Ini senarai harga topeng muka yang perlu peniaga patuhi dan masyarakat tahu.
Tindakan tegas akan diambil kepada para peniaga mahupun syarikat yang melanggar akta tersebut.
Individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi
tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.
Manakala syarikat yang melanggar akta itu pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Pihak kementerian juga akan meneruskan pemantau berterusan dengan mengarahkan pegawai-pegawai penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan di seluruh negara yang sudah bermula pada 25 Januari.
#Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011
#denda
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#koronavirus
#KPDNHEP
#topeng muka