Tindakan tegas individu miliki, berniaga mercun - Polis

Bernama
Jun 5, 2017 19:58 MYT
Hasnan berkata individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Perkara 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923. - Gambar fail
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api tanpa kebenaran pasukan keselamatan itu.
Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata menjelang musim perayaan Aidilfitri, pihaknya melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja.
"Antara mercun dan bunga api dibenarkan adalah jenis 'pop-pop' dan 'happy boom' mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasnan berkata individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Perkara 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923.
-- BERNAMA
#Aidilfitri #bunga api #Hasnan Hassan #Ipoh #mercun #polis perak
;