'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'
Hafiz Marzukhi
Ogos 14, 2018 11:09 MYT
Ogos 14, 2018 11:09 MYT
Tindakan Kerajaan Malaysia menyita kapal Equanimity adalah sah dan mengikut prosedur undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan tersebut dibuat selepas Kerajaan Amerika Syarikat bersetuju agar Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal tersebut kepada Malaysia.
"Oleh yang demikian, dakwaan bahawa tindakan tersebut tidak sah di sisi undang-undang adalah tidak benar.
"Tindakan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap atas permohonan dua anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya di Dewan Rakyat.
Beliau memberi jawapan kepada pertanyaan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN - Pengerang) yang bertanyakan sejauh mana kebenaran dakwaan peguam ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low bahawa tindakan sita terhadap kapal Equanimity adalah tidak sah dan merampas prosiding negara lain.
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Azalina Othman Said
#Dewan Rakyat
#Equanimity
#Jho Low
#kapal persiaran mewah
#Kerajaan Indonesia
#Liew Vui Keong