Tindakan polis berdasarkan perundangan negara
Astro Awani
Mac 24, 2013 10:49 MYT
Mac 24, 2013 10:49 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan, penahanan dan pendakwaan terhadap lapan rakyat Filipina berkaitan kes pencerobohan Sabah dibuat berdasarkan perundangan negara.
Katanya, Polis mempunyai bukti yang cukup dan jabatan peguam negara juga berpuas hati dengan kertas siasatan sehingga membolehkan mereka didakwa di mahkamah.
Ismail pada masa menolak dakwaan Jamalul Kiram tiga bahawa lapan individu terbabit adalah rakyat Malaysia.
Tegasnya, Polis tidak akan menahan mana-mana individu tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Setakat ini, jelasnya, lapan daripada 108 individu yang ditahan di bawah akta kesalahan keselamatan (langkah-langkah khas) (SOSMA) dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau di bawah kanun keseksaan.
Dua daripada mereka menghadapi tuduhan melancarkan perang terhadap yang DiPertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas.
Empat lagi didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua dituduh cuba melindungi kumpulan pengganas.