Tindakan pantas bomba gagalkan cubaan bunuh diri warga Filipina

Ridzal Abdullah
November 5, 2015 19:30 MYT
Suspek berjaya diselamatkan pada jam 9.07 pagi hasil tindakan pantas dua anggota selepas cubaan memujuknya gagal. - Gambar Astro AWANI
Tindakan pantas dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu berjaya menggagalkan cubaan membunuh diri seorang lelaki warga Filipina yang cuba terjun dari tingkat empat sebuah hotel di Kota Kinabalu.
Aksi mereka sempat dirakamkan orang awam yang turut bertepuk tangan sebaik suspek berjaya diselamatkan.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis, Chandra Muthu ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan dan memberitahu pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai mengalami tekanan perasaan keluar rumah seawal dua pagi dan merayau-rayau di pusat bandar sebelum naik ke parkir hotel berkenaan untuk membunuh diri.
Sumber: YouTube/Ngaku KPT

Respek betul bomba kita selamatkan org nak bunuh diri. Silap langkah, depa yg terbunuh. pic.twitter.com/90Ay9VnqHX

— Azry K (@zulazry) November 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, JBPM KK memberitahu, pihaknya bertindak atas maklumat polis dan tiba di lokasi kejadian jam 7.37 pagi.
Suspek berjaya diselamatkan pada jam 9.07 pagi hasil tindakan pantas dua anggota selepas cubaan memujuknya gagal.
#Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu #bunuh diri #Chandra Muthu #Filipina #lelaki
;