Tindakan Maszlee betulkan keadaan adalah tepat - Muhyiddin
Fareez Azman
Disember 4, 2018 21:53 MYT
Disember 4, 2018 21:53 MYT
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan dan memperbetulkan kenyataannya dalam sidang Parlimen semalam adalah tepat.
Jelasnya, beliau ada menghubungi Maszlee bagi mendapatkan perincian berkaitan isu berkenaan.
Selepas bercakap dengan Menteri Pendidikan itu, katanya jelas apa yang disiarkan dalam media adalah berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Maszlee.
"Beliau sudah pun buat pembetulan dan sudah jelaskan... kita terima penjelasan itu.
"Saya juga pernah jadi Menteri Pendidikan, kalau satu perkara nak dibawa masuk dalam silibus termasuk subjek seperti sejarah, akan ada satu panel untuk teliti " katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Semalam, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pontian dalam sidang Dewan Rakyat, Maszlee berkata akan memastikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan dalam silibus sejarah Malaysia.
Bagaimanapun kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi Netizen serta pemimpin politik termasuk Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
#1MDB
#Ahmad Maslan
#Dr Maszlee
#Media
#Menteri Pendidikan
#Muhyi
#Pembetulan
#PPBM
#sejarah
#Sidang media
#silibus
#Skandal