Tindakan jururawat bantu mangsa kemalangan tanpa prejudis dipuji

Kohilah Sekaran
Mac 21, 2016 18:28 MYT
Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman gambar seorang jururawat membantu seorang mangsa kemalangan di tengah jalan raya yang dipercayai berlaku di Jalan Utama Seremban Jaya, Seremban. - Gambar Facebook
Viral di media sosial baru-baru ini ialah rakaman gambar seorang jururawat membantu seorang mangsa kemalangan yang dipercayai berlaku di Jalan Utama Seremban Jaya, Seremban.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Velai Seivor Sangam (malaysia tamilan), seorang jururawat berbangsa Melayu yang memakai pakaian seragam jururawat dilihat sedang membantu seorang wanita India yang terbaring di jalan raya yang dipercayai terlibat dalam kemalangan.
“Walaupun terdapat banyak isu negara, dia menunjukkan semangat sebenar rakyat Malaysia dengan membantu tanpa prejudis. Bangga menjadi rakyat Malaysia,” tulis laman Facebook itu.
Susulan itu, gambar berkenaan mula viral di media sosial dengan rata-rata netizen menyifatkan insiden itu sebagai satu tindakan“1 Malaysia”.
Malah, mereka juga memuji tindakan jururawat tersebut serta mengucapkan terima kasih kerana melaksanakan tugas tanpa mengira masa dan tempat.
“Memberi khidmat tanpa mengira perbezaan adalah tanggungjawab kita tapi beberapa orang sahaja melakukannya. Salute kepada wanita ini,” kata Tiena Nadzrin Adrew.

Seorang jururawat yg kebetulan pulang dari kerja membantu seorang mangsa kemalangan di jalan utama Taman Seremban Jaya...

Posted by Malaysia Velai Seivor Sangam - malaysiatamilan on
#jururawat #media sosial #viral
;