Tindakan hina Nabi beri kesan besar terhadap negara - Jamil
Astro Awani
Jun 11, 2013 19:43 MYT
Jun 11, 2013 19:43 MYT
Tindakan menghina Nabi Muhammad S.A.W di laman sosial akan beri kesan lebih besar kerana ia bukan sahaja boleh menggugat keharmonian rakyat tetapi juga dilihat sebagai taktik baru memesong akidah umat Islam negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebuah jawatankuasa penguatkuasaan dan penyelewengan terhadap agama akan memantau gejala itu.
Pemantauan dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.
Laporan sepenuhnya dapat diikuti melalui video yang telah disediakan.