Tindakan gopoh kerajaan berpotensi jejas ekonomi negara - Dr Zuhdi

Atiqah Ismail
Mei 25, 2018 09:36 MYT
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki menyifatkkan beberapa langkah tergesa-gesa kerajaan baharu Malaysia berpotensi jejas ekonomi negara.-Foto Facebook Jelajah Belia Sejahtera
Pas menyifatkan beberapa langkah awal kerajaan baharu dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebagai tergopoh-gapah sehingga berpotensi menjejaskan ekonomi negara.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki beberapa tindakan tergesa-gesa kerajaan secara tidak langsung akan menghilangkan keyakinan antarabangsa dan domestik terhadap hala tuju ekonomi Malaysia.
“Pembentukan barisan Kabinet oleh PH jelas sekali kelam-kabut apabila sehingga hari ini mereka masih belum menamakan dengan lengkap senarai kementerian yang perlu ada.
“Selain itu, kerajaan juga dilihat tergopoh-gapah untuk mengambil tindakan populis menghukum pimpinan serta pegawai kerajaan lama untuk meraih persepsi politik,” katanya di akaun Facebook.
Beliau turut memberitahu beberapa pembatalan projek pembangunan mengakibatkan Malaysia hilang keyakinan dari pelabur asing.
“Memberhentikan projek-projek pembangunan termasuk yang melibatkan pelaburan asing, boleh mengakibatkan hilang keyakinan antarabangsa dan domestik terhadap hala tuju ekonomi negara,” jelasnya lagi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Mohd Zuhdi bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam namun tewas dengan hanya memperoleh 15194 undi. berbanding calon lawan dari Barisan Nasional, Azhari Shaari dengan 22100 undi dan Parti Keadilan Rakyat, Khalid Samad dengan 55949 undi.
Terdahulu, Menteri Kewangan Malaysia, Guan Eng mengesahkan jumlah keseluruhan hutang kerajaan berjumlah RM1.087 trilion setakat 31 Disember 2017.
BACA: Guan Eng sahkan jumlah hutang, liabiliti kerajaan lebih RM1 trilion
BACA: Guan Eng: Kerajaan akan terus jujur berkenaan situasi kewangan negara
BACA: Bayaran BNM dan Khazanah kepada MoF diguna untuk bayar hutang 1MDB
#Atiqah Ismail #Dr Mohd Zuhdi Marsuki #hala tuju ekonomi negara #hilang keyakinan antarabangsa dan domestik #jejas ekonomi #Parti Agama Islam Se-Malaysia #pelaburan asing