Tindakan boikot barangan pengusaha bukan Muslim tidak wajar - Kabinet

Astro Awani
September 4, 2019 11:36 MYT
Jemaah menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu.
Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini bersetuju tindakan memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar.
"Jemaah menteri menolak pemikiran dan pendirian sempit berasaskan sentimen perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan negara," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Selain itu, rakyat juga diseru untuk menyokong kempen Beli Barangan Buatan Malaysia kerana ia akan memberi kebaikan kepada negara.
BACA: Orang cetek fikiran saja mahu boikot produk bukan Islam - Tun Mahathir
BACA: Kempen boikot produk boleh timbul isu antara kaum - Anwar
BACA: Pasar raya buat laporan polis berhubung fitnah tidak jual produk Bumiputera, Muslim
Tular di media sosial sejak beberapa lalu adalah kempen memboikot barangan buatan pengusaha bukan Islam, dipercayai susulan beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini.
#Islam #Malaysia #media sosial #menteri #Muslim #Perdana Menteri #rakyat #Timbalan Perdana Menteri #Wan Azizah Wan Ismail