Timbalan Presiden MBN Perak diugut bunuh
Astro Awani
April 7, 2015 07:43 MYT
April 7, 2015 07:43 MYT
Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri(MBN) Perak, Aswanuddin Harifuddin membuat laporan polis pada Selasa selepas mendakwa mendapat satu teks ugutan bunuh melalui aplikasi WhatsApp.
Aswanuddin yakin teks ugutan bunuh yang diterima di nombor peribadinya itu, berkaitan tindakan MBN Perak meminta Speaker Dewan Negeri mengambil tindakan kepada ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang, yang memakai baju hitam pada hari perasmian sidang dewan undangan negeri baru-baru ini.