Timbalan Perdana Menteri lancar logo 'BN Friendly'

Bernama
Disember 31, 2012 04:40 MYT
Sempena Karnival Sayangi Selangor Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan logo ‘Barisan Nasional Friendly’ yang dilihat mampu memberikan impak yang besar terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Beliau berkata, logo ini melambangkan semangat perpaduan rakyat yang menjadi teras pembangunan dan dasar kekuatan Negara ini.
Sambutan tahun baru yang dianjurkan Barisan Nasional Selangor mendapat sambutan yang mengejutkan apabila lebih dari 5 ratus ribu pengunjung hadir bagi memberi sokongan di I-City, Shah Alam.
Karnival Sayangi Selangor itu disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba sekitar jam 9.45 malam diiringi oleh isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman.
Muhyiddin dalam ucapannya menyeru rakyat supaya membuat pilihan yang betul demi kemakmuran negeri Selangor yang dilihat semakin kecundang dibawah pimpinan Pakatan rakyat.
Turut hadir sama Datuk Seri G. Palanivel, presiden Malaysian Indian Congress ( MIC ) sebagai tanda sokongan kepada Barisan Nasional.
Sementara itu, Konsert Ambang 2013 yang membawakan artis dalam dan luar Negara turut mendapat sambutan hebat dikalangan pengunjung dengan peserta Maharaja Lawak , Nabil dan Amiza Adnan sebagai hos acara.
Karnival diakhiri dengan pertunjukkan bunga api menjelang kehadiran tahun baru tepat jam 12 malam.
#BN FRIENDLY #i-city #logo #Puan Sri Norainee Abd Rahman #shah alam #tahun baru #Tan Sri Muhyiddin Yassin
;