Timbalan Pengerusi SPR hendak saman Mohamad Sabu
Wan Syamsul Amly
Februari 14, 2013 15:46 MYT
Februari 14, 2013 15:46 MYT
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya mengenai 'projek kad pengenalan' di Sabah.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan Mat Sabu yang disiarkan Harakah awal bulan ini jelas adalah fitnah terhadapnya.
Wan Ahmad merujuk kepada artikel bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan".
Ujarnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian.
Notis supaya permohonan maaf dibuat turut dihantar kepada parti Pas, syarikat pencetak Harakah, ketua pengarangnya dan penulis artikel itu sendiri.
Mat Sabu dalam laporan Harakah itu menggesa Wan Ahmad meletak jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR.