Timbalan Pengerusi SPR akan bersara mulai esok
Astro Awani
November 27, 2013 13:24 MYT
November 27, 2013 13:24 MYT
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersara wajib bermula esok setelah berkhidmat dengan Suruhanjaya itu selama 16 tahun.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.
Beliau berkata, Wan Ahmad memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi itu sejak 17 Disember 2004 dan beliau bertanggungjawab selaku Pengerusi Jawatankuasa Panel Penerbitan, Pendidikan Pengundi, Latihan, Penerangan dan Komunikasi SPR.
Sepanjang 16 tahun, Wan Ahmad terlibat dalam empat pilihan raya umum negara iaitu 1999, 2004, 2008 dan 2013.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.