KUBANG PASU: Timbalan Ketua Polis Kedah dan isteri terselamat apabila konvoi kenderaan yang membawa mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Jalan Changlun-Alor Setar, berhadapan stesen minyak Napoh di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin berkata, dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, Datuk Mohd Roze Shaari bersama isteri Datin Norfaizah Zainal serta pemandunya, Koperal Mohamad Shukri Abu Saman menaiki Proton X70.
Manakala sebuah lagi kenderaan jenis Proton Persona dinaiki seorang anggota dan pegawai Kebajikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berpangkat Asisten Superintendan serta pemandu.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila konvoi kenderaan PDRM ingin membelok ke kiri masuk ke simpang di sebelah kiri jalan dan secara tiba-tiba dilanggar sebuah treler yang bergerak dari arah belakang tidak nampak dan sempat membrek lalu melanggar dua kenderaan jabatan.
"Akibat perlanggaran itu, pemandu kereta Proton Persona, Koperal Mohd Azahari Azizan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan sakit di dada akibat hentakan pada stereng kereta,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Mohd Mahiri, pemandu terbabit dikejarkan ke Hospital Jitra (HJ) dan kini dilaporkan stabil.
Sementara yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Wed May 25 2022
Kenderaan Proton X70 dan kenderaan PDRM bertembung dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 17.3 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Jalan Changlun-Alor Setar hari ini. - Gambar PDRM
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Jangan panik terima panggilan mencurigakan - Polis
Kelemahan itu menyebabkan mangsa mudah menyerahkan atau berkongsi maklumat peribadi dengan pemanggil yang tidak dikenali.