Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy positif COVID-19

Dewi Nur Harasha Alias
Mac 10, 2022 22:48 MYT
Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy disahkan positif COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, Prof Dr. P. Ramasamy disahkan positif COVID-19.
Pengumuman tersebut dibuat di laman Facebook rasmi miliknya hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, Ramasamy disahkan positif pada Rabu.
"Beliau kini sedang menjalani proses pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah selama seminggu," kata kenyataan tersebut.
Sepanjang tempoh tersebut, pejabat Timbalan Ketua Menteri II (TKM II) di Tingkat 52, KOMTAR, Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Justeru, orang awam boleh menghubungi Pejabat TKM II di talian 04-2629930 bagi sebarang urusan berkaitan.
Sementara itu, Pusat Khidmat KADUN Perai juga akan beroperasi seperti biasa dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan pada hari Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
Orang awam boleh menghubungi Pusat Khidmat di talian 04-3839131 Untuk sebarang urusan.
#P Ramasamy #positif COVID-19 #timbalan ketua menteri II #pulau pinang #kuarantin kendiri
;