TikTok Shop tawar diskaun dan hadiah menarik sempena 9.9 Tawaran Hebat
Amzar Alif
September 5, 2024 20:51 MYT
September 5, 2024 20:51 MYT
KUALA LUMPUR: TikTok Shop bersiap sedia untuk menyambut musim membeli-belah hujung tahun dengan pelbagai tawaran menarik menerusi kempen 9.9 Tawaran Hebat bermula 5 hingga 9 September, di mana para pembeli berpeluang menikmati pelbagai promosi hebat dan memenangi hadiah eksklusif melalui cabaran hashtag yang kreatif.
Kempen ini menawarkan pelbagai tawaran menarik, termasuk penghantaran percuma tanpa had dan diskaun sehingga 50 peratus untuk produk-produk terpilih serta pembeli juga boleh mendapatkan diskaun tambahan sebanyak 20 peratus dengan baucar SYOK LIVE semasa siaran langsung TikTok Shop yang diadakan dua kali sehari, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, dan 8 malam hingga 12 pagi.
Persembahan artis secara langsung dan tawaran eksklusif pada 8 September
TikTok Shop akan mengadakan sesi siaran langsung istimewa dari jam 9 malam hingga 11 malam di @tiktokshop_my pada 8 September dengan pelbagai tawaran hebat serta persembahan menarik daripada artis terkenal seperti Nadeera, Ezra Kairo, Marsha, dan pencipta kandungan popular seperti Pinn Yang, Noreen Iman, Kanafly, dan Rahman Chea.
TikTok Shop turut menawarkan baucar diskaun 99 peratus untuk pembelian tanpa perbelanjaan minimum dan dihadkan pada RM9 yang sah untuk digunakan pada 8 September dari 9 malam hingga 11 malam serta para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa yang akan diberikan setiap sembilan minit sepanjang sesi siaran langsung tersebut.
#JomLokal: Memperkenalkan produk buatan Malaysia
Selain daripada tawaran menarik, TikTok Shop juga mengadakan kempen #JomLokal untuk mempromosikan produk buatan Malaysia dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Kempen ini akan menampilkan sesi siaran langsung khas yang mempamerkan lebih daripada 10 produk tempatan pada 8 September, diikuti dengan sesi lain pada 9 September menampilkan pemenang TikTok Awards 2023 dan 2024, Khairul Aming dan Pinn Yang yang akan mengetengahkan produk buatan tempatan berkualiti tinggi buat pengguna.
Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata kempen ini bertujuan memperkasakan PKS tempatan dengan menyediakan platform untuk mereka memasarkan produk secara dalam talian dan menggunakan perdagangan sosial.
“PKS tempatan adalah tulang belakang ekonomi Malaysia, membentuk lebih daripada 95% daripada perusahaan di negara ini. Kami ingin terus menyokong mereka dengan menyediakan alat, sumber dan pengetahuan yang diperlukan untuk berkembang dalam era digital ini,” katanya.
Para usahawan tempatan yang ingin memanfaatkan sepenuhnya potensi perniagaan melalui perdagangan sosial boleh mendaftar di TikTok Shop Seller Center dan mengikuti kursus di TikTok Shop Academy.
Cabaran hashtag dengan hadiah baucar bernilai RM90,000
Sebagai tambahan kepada kempen 9.9 Tawaran Hebat, TikTok Shop memperkenalkan cabaran hashtag #TikTokShop99GrandDeals yang menawarkan baucar bernilai keseluruhan RM90,000.
Pengguna boleh menyertai cabaran ini dengan memuat naik video sekurang-kurangnya 15 saat di TikTok, menggunakan efek jenama dan mengetik item untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 99 mata.
Mereka juga perlu menyertakan hashtag #TikTokShop99GrandDeals dan tag @tiktokshop_my serta tiga rakan lain.
Sebanyak 28 pemenang akan dipilih berdasarkan kualiti, kreativiti, dan tahap capaian video yang mereka hasilkan.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada pautan ini atau layari halaman #TikTokShop99GrandDeals
Jangan lupa untuk #JOMLokal dan sokong produk buatan Malaysia sepanjang musim jualan ini!.
*Segalanya tertakluk pada terma dan syarat*