TikTok mohon Mahkamah Agung AS halang arahan pengharaman operasi
Amanz
Disember 17, 2024 11:10 MYT
Disember 17, 2024 11:10 MYT
TIKTOK telah meminta Mahkamah Agung Amerika Syarikat (SCOTUS) untuk menangguhkan sementara arahan pengharaman operasi syarikat yang akan berkuat kuasa pada 19 Januari 2025.
Ringkasan AI
- TikTok meminta Mahkamah Agung AS untuk menangguhkan pengharaman operasi yang akan berkuat kuasa pada 19 Januari 2025.
- Pengharaman dikenakan kerana ByteDance tidak menjual TikTok kepada syarikat bukan milik China seperti yang dikehendaki oleh CFIUS.
- TikTok menekankan bahawa pengharaman akan menyebabkan kerugian besar kepada syarikat kecil dan pempengaruh di AS.
Pengharaman dikenakan kerana ByteDance tidak menjual TikTok kepada syarikat bukan milik China seperti yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) pada Mac lalu.
TikTok melakukan rayuan kepada SCOTUS atas dasar pengharaman dilihat sebagai pelanggaran hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan Amerika Syarikat.
TikTok juga menekankan bahawa syarikat kecil di AS akan kerugian pendapatan $1 bilion dan pempengaruh pula $300 juta sehari sekiranya arahan pengharaman diteruskan.
ByteDance menyatakan bahawa penjualan TikTok adalah mustahil kerana ia memerlukan masa bertahun-tahun untuk jurutera baharu memahami kod sumber TikTok.
Sementara itu, China juga menentang penjualan aplikasi kerana ia melanggar undang-undang penjualan algoritma sensitif buatan tempatan.
Sekiranya rayuan ini masih lagi ditolak, aplikasi TikTok perlu dibuang daripada Android Play Store dan Apple App Store bermula pertengahan Januari tahun depan. -Amanz