Tiket ETS bagi cuti CNY boleh dibeli mulai 2 Jan

Astro Awani
Disember 25, 2018 10:20 MYT
Perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari. - Gambar fail
Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi perjalanan 1 Feb hingga 30 April 2019 sempena cuti Tahun Baharu Cina (CNY) boleh dibeli mulai 2 Jan 2019.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata jualan yang dibuka mulai 8.30 pagi hari berkenaan itu bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal.
Ini terutama bagi mereka yang bakal menyambut perayaan CNY dan akan pulang bercuti ke kampung halaman.
Menurut KTMB dalam satu kenyataan, perkhidmatan ETS mengekalkan penyediaan 36 perjalanan sehari.
Ini disebabkan kerja menaik taraf infrastruktur dan sistem landasan berkembar Lembah Klang (KVDT) masih dalam fasa pelaksanaan.
Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) dan di kaunter tiket KTMB.
#Cina #CNY #ETS #jualan #kampung #KTMB #Tahun Baharu Cina #tiket
;