Tiga warga Indonesia diculik di Tambisan

Bernama
September 23, 2019 04:51 MYT
Hazani berkata, polis masih menunggu laporan lanjut. - Gambar fail
Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat sini, petang Isnin.
Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi Bernama mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.
"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat," katanya.
-- BERNAMA
#culik #ESSCom #Hazani Ghazali #Indonesia #keselamatan #Lahad Datu #laporan polis #lelaki bersenjata #nelayan #perairan Geem Reef #polis #Sabah #Tambisan
;