Tiga wanita maut kemalangan babitkan kereta dan treler

Norfarhiza Mohd Atar
Februari 11, 2023 07:40 MYT
Keadaan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa remuk teruk ekoran terlibat dengan kemalangan dengan lori treler di jalan Muadzam Shah ke Rompin berhampiran Kilang Farm Fresh. - Foto JBPM Pahang
ROMPIN: Tiga wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di jalan Muadzam Shah ke Rompin berhampiran Kilang Farm Fresh di sini malam tadi.
Identiti ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenalpasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22 ; Nazira Ramli, 23 dan Suhada Ramli, 22.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi anggota bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebuah lori treler yang membawa muatan sawit.
"Tiga wanita dewasa disahkan telah meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir manakala pemandu lori selamat dalam nahas terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata, pasukan bomba bertindak menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat.
Jelasnya, kesemua mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
#Nahas #treler #Ismail Abdul Ghani #maut
;