Tiga tebusan warga Malaysia selamat

Astro Awani
Januari 19, 2013 08:54 MYT
Tiga warga Malaysia - Patrict Purait Awang, Lau Seek Chiang dan Ravi Kuppusamy - yang ditahan sebagai tebusan oleh sekumpulan militan di kompleks pemprosesan gas di Algeria dilaporkan selamat.
Namun, Wisma Putra mengesahkan dua lagi rakyat Malaysia turut terlibat dalam krisis tersebut dan status mereka masih tidak diketahui.
Dalam satu kenytaan, Wisma Putra menyebut bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah berjaya menghubungi Patrict, Lau serta Ravi dan mengesahkan bahawa mereka kini dalam keadaan selamat.
"Kedutaan Besar Malaysia di Algiers kini sedang memaksimumkan usaha bagi mendapatkan status mengenai dua rakyat Malaysia berkenaan.
Pihak Kedutaan juga sedang membantu proses penghantaran pulang tiga rakyat Malaysia ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Kementerian Luar Negeri juga telah menghubungi pihak keluarga bagi memaklumkan perkembangan terkini," tambah kenyataan itu lagi.
#Algeria #Algiers #militan #tebusan #warga Malaysia #Wisma Putra
;