Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat.
Laporan interim ketiga mengenai perkembangan siasatan kehilangan Boeing 777 itu juga menyatakan tiada bukti mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat tersebut pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan.
"Memandangkan serpihan pesawat mahupun perakam data penerbangan masih belum ditemui, pasukan penyiasat tidak mempunyai bukti penting untuk menentukan dengan pasti sebab-sebab pesawat itu melencong dari laluan penerbangan yang dirancang," kata laporan tersebut.
Laporan itu dikeluarkan bersempena ulang tahun ketiga insiden yang menyaksikan pesawat tersebut yang membawa 239 orang hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pada 25 April 2014, Malaysia menubuhkan pasukan penyiasat bebas kemalangan udara yang sebelum ini dikenali 'Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370', untuk menyiasat insiden kehilangan Penerbangan MH370.
Laporan juga menyebut selain flaperon kanan, sebahagian daripada kedua-dua kelepak luar sebelah kanan dan kiri yang ditemukan turut disahkan milik MH370.
Beberapa serpihan lain turut disahkan sebagai hampir pasti daripada pesawat itu, antaranya barangan dalaman kabin.
Laporan itu berkata berdasarkan pemeriksaan terhadap kerosakan pada kelepak luar kanan dan flaperon kanan berkenaan, adalah disimpulkan bahawa kelepak terbabit berkemungkinan besar pada kedudukan retrak.
Penemuan serpihan dalaman kabin, kata laporan itu mencadangkan pesawat berkenaan berkemungkinan pecah.
"Bagaimanapun, maklumat adalah tidak mencukupi untuk menentukan sama ada pesawat itu pecah di udara atau semasa impak pada permukaan lautan," kata laporan tersebut.
Menurut laporan itu beberapa bahagian lain turut ditemukan di sepanjang pantai perairan Afrika tenggara dan pemeriksaan terhadap barangan terbabit sedang berterusan.
Katanya sekalipun bukti yang ada terhad, siasatan telah mengenal pasti beberapa isu utama dalam sistem penerbangan awam yang boleh ditambah baik bagi meningkatkan keselamatan pada masa depan.
Berdasarkan maklumat yang ada, laporan itu berkata pasukan penyiasat sedang memuktamadkan analisis, penemuan serta rumusan selain syor-syor keselamatan dalam lapan bidang yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.
Aspek-aspek yang disemak semula oleh pasukan itu ialah pengubahan haluan dari pelan laluan penerbangan yang dirancang; operasi perkhidmatan trafik udara; profil kru penerbangan; kelayakan terbang dan penyelenggaraan serta sistem pesawat; dan komunikasi satelit, bangkai pesawat dan impak.
Bidang lain ialah maklumat organisasi dan pengurusan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia serta Malaysia Airlines; dan konsainan kargo pesawat.
Pasukan penyiasat merangkumi 19 rakyat Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa siasatan keselamatan dari tujuh negara.
Laporan interim pertama dan kedua masing-masing dikeluarkan pada 8 Mac 2015 dan 8 Mac 2016.
Sementara itu, satu majlis persendirian bagi memperingati MH370 diadakan di Lapangan Terbang KL, dihadiri warga kerja syarikat penerbangan serta anggota keluarga kru pesawat yang hilang tersebut.
Pencarian dasar laut pesawat di selatan Lautan Hindi digantung pada 17 Jan lalu. -- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2017

Tiga tahun selepas kehilangan MH370, sebab pesawat Malaysia Airlines itu melencong dari laluan yang dirancang kekal sebagai teka-teki bagi pasukan penyiasat. -Gambar fail

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.
[TERKINI] Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.

Sedekad MH370: Harapan baharu pencarian semula, hapuslah spekulasi
Dianggap tragedi terburuk dalam sejarah penerbangan negara, kehilangan itu menuntut 'kemahiran berfikir aras tinggi' pelbagai pihak.

Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.

Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.

MH370: Pihak berkuasa Australia semak data baharu, namun tidak syor pencarian
ATSB sedang menyemak dakwaan seorang jurutera aeronautik Britain yang mengatakan mengetahui kedudukan sebenar pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.

Ulang tahun ke-7: Warga Ukraine kenang insiden MH17 ditembak jatuh
Penduduk tempatan membawa jambangan bunga dan potret mangsa nahas ke lokasi peringatan itu.

MH17: Malaysia tetap komited tegakkan keadilan untuk mangsa
Malaysia sentiasa komited memberi sokongan penuh untuk membawa mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 ke muka pengadilan.

Adakah pencarian baharu MH370 akan menyembuhkan luka lama?
Tujuh tahun telah berlalu selepas pesawat malang MH370 hilang daripada radar namun misteri Boeing 777 masih terus berlegar. Perlukah pencarian pesawat baharu dijalankan untuk menoktahkan jawapan yang

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.