Tiga suspek kes Sungai Kim Kim didakwa
Astro Awani
Mac 24, 2019 10:00 MYT
Mac 24, 2019 10:00 MYT
Tiga suspek kes pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Mereka tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.05 pagi dengan kawalan ketat polis.
Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Muhammad Ezani Mat Salleh.
Baru-baru ini, sejumlah 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan tutup berikutan simptom yang dialami pelajar seperti muntah, sesak nafas, loya dan pening, dipercayai akibat terhidu bau dari gas toksik di sungai itu.
Kejadian pertama berlaku pada 7 Mac apabila seramai 28 mangsa dari dua buah sekolah terpaksa dirawat di hospital dan klinik kesihatan.